Sistem Transit Aliran Ringan Manila
Sistem Transit Aliran Ringan Manila

Sistem Transit Aliran Ringan Manila

Sistem Transit Aliran Ringan atau lebih dikenali sebagai LRTA sahaja adalah satu sistem kereta api bandar yang memberi khidmat di kawasan Metropolitan Manila di Republik Filipina. Walaupun sistem ini dirujuk sebagai sistem kereta api ringan kerana asalnya menggunakan kenderaan rel ringan, ciri–cirinya lebih serupa dengan sistem transit aliran (metro) seperti membawa lebih ramai penumpang, hak lalu–lalang yang eksklusif dan kemudiannya menggunakan stok kereta api metro sepenuhnya. Sistem LRT ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan (LRTA), satu perbadanan milik pemerintah dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan. Bersama–sama dengan Sistem Transit Rel Metro (MRT–3, juga dikenali sebagai Laluan Kuning yang baru) dan laluan komuter Kereta Api Kebangsaan Filipina (PNR), sistem tersebut membentuk prasarana kereta api di Manila.

Sistem Transit Aliran Ringan Manila

Pemilik Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan
Panjang sistem 33.4 kilometer (20.8 bt)
Kawasan perkhidmatan Metropolitan Manila
Pengelektrikan Talian atas
Kelajuan purata 40 km/h (25 mph)
Jumlah stesen 31
Kelajuan tertinggi 80 km/h (50 mph)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
Lokasi  Filipina
Jenis transit Transit Aliran
Jumlah laluan/aliran 2
Pengendali
  • Laluan 1 (Line 1):
    Perbadanan Rel Ringan Manila
  • Laluan 2 (Line 2):
    Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan
Bil. penumpang harian 700,000 (2015)[1]
Nama asal
  • Sistema ng Magaang Riles Panlulan ng Maynila (Tagalog)
  • Manila Light Rail Transit System (Inggeris)
Mula beroperasi
  • 1 Disember 1984 (1984-12-01) (Laluan 1)
  • 5 April 2003 (2003-04-05) (Laluan 2)

Rujukan

WikiPedia: Sistem Transit Aliran Ringan Manila http://pdf.usaid.gov/pdf_docs/Pnadj320.pdf http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... http://www.manilatimes.net/lrta-sees-4-decline-rid... http://www.cleanairnet.org/caiasia/1412/articles-3... //doi.org/10.1080%2F01441648608716636 http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSC... http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSC... http://www.lrta.gov.ph/ https://books.google.com/?id=mzBdy6w82psC&printsec... https://books.google.com/books?id=mzBdy6w82psC&pg=...